Total Pageviews

Wednesday, October 10, 2012

SKETSA-SEKADAR TAULADAN DAN PEDOMAN

Assalammualaikum..
apa khabar semua pembaca!!!
Sudah lama ak xupdate blog,dah bersemak-samun!!!hehehe

Ak ada cerita nak dikongsikan kepada korang semua,agar menjadi tauladan kpd korang semua
termasuk ak sekali!!!
Kisah ini adalah mengenai erti kawan!!
Kisah bermula apabila 5 sahabat menyewa sebuah rumah di satu taman perumahan(dirahsiakan),
lima sahabat itu adalah pelajar disebuah institusi pengajian tinggi swasta(dirahsiakan),
antara pelajar tersebut adalah rashid,salleh,danial,asraff dan rizal(semua bukan nama sebenar)...
Rashid merupakan seorang pelajar yg berasal dari kampung di selangor dan berlatar belakang keluarga yg hidup susah...Salleh dan rizal pula adalah berasal ditengah2 kota metropolitan(KUALA LUMPUR),kedua-duanya berlatar belakang keluarga sederhana!!!Asraff pula berasal dari Kedah dan merupakan anak yatim kerana bapanya telah meninggal ketika die berusia 12 tahun...manakala Danial pula berasal dari johor dan merupakan anak kepada usahawan berjaya(golongan berada)
Awalnya mereka tiada masalah dan hidup dalam keadaan yg harmoni dan tiada masalah!!tetapi berlakunya 
masalah apabila rizal berjaya memikat seorang gadis dikampus dimana die belajar...kehidupan rizal berubah sekelip mata sahaja apabila munculnya bunga didalam hatinya!!Mula2 perkara sebegitu dianggap normal oleh rakannya kerana mereka tahu mengenai adat orang bercinta...
Perkara begitu berlanjutan selama 2 bulan,dan sikap rizal berubah kepada negatif,itu yg merunsingkan kawan2 die..Keluar malam balik pagi,dalam kelas tidur,xpernah fokus ketika belajar,sentiasa bersms,berfacebook,twitter,tagged,bbm,whatssup dan bnyak lagi yg berkaitan dengan internet sosial!!Pelajaran merosot mendadak!!
Perkara tersebut yg merisaukan kawan2 die,tp die buat tidak tahu sahaja...Pernah sekali Rashid menegur akan sikapnya yg semakin negatif,tetapi die tidak ambil peduli bahkan si rashid pula yg dimaki hamun dgn kata2 yg membuatkan rashid terkedu lidah!!!Satu persatu menegur tetapi masih tiada hasil!!!Dan akhir sekali yg menegur die adalah danial,tapi kali nie ayatnya lebih menyengat dan sakit hati,die berkata "aku xkisah xde kwan kat sini,kawan ak ramai kagi kat luar sana"..
mulai dari itu tiada siapa yg ambil peduli mengenai Rizal,dan mereka hanya berdiam diri sahaja!!!
Rizal masih dengan perangainya yg hanya mementingkan cinta hatinya..
Setiap perkara rizal akan membuat sendiri dan sering meminta bantuan kekasihnya...Tetapi ramai kawan2nya yg menarik kemudahan yg diberikan kepadanya!!!Kehidupannya bertambah susah kerana tiada kemudahan dan keperluan yg selalu die dapat drpd kawan2nya...Die terpaksa ke kelas dgn berjalan kaki,mkn dikedai dgn berjalan kaki!!!pendek kata setiap aktiviti yg dilakukan dgn hanya menggunakan kaki!!walaupun jauh mana sekali pun tempat tersebut!!
Kata-katanya memakan dirinya sendiri!!Kerana kekasih sahabat diketepikan dan akibatnya,tiada seorang pun yg membantu die kerana keegoannya sendiri!!!

Kisah ini merupakan salah 1 kisah benar dan sehingga kini ianya menjadi tauladan kepda diri ku sendiri...
dan kisah ini telah ku kongsikan kepda korang semua..
bak kata pepatah "kerana mulut badan binasa"
sebelum ak undur diri,ak nak beri satu pantun..
daun selisih diatas batu,
terima kasih and tq...
Assalammualaikum

Wednesday, June 27, 2012

BEST BLOGGER

Assalammualaikum....
Entry kali nie ak nak bercerita pasal best blogger tp bagi ak je la...
xtaw korang mcmne!!!

blogger nie memang agak aktif sbb setiap kali ak
ak tengok reading list blog ak,ak akan nmpk entry baru dieorang..
dan ak pown berminat baca entry dieorang sbb entry dieorang x membosankan
pastu dieorang sentiasa update new entry...
klau ak da minat confirm ak follow up!!!!

ok,ak akn listkan 3 best blogger yg bagi ak the best!!!

FIRST

actually,blogger nie salah sorang dari kawan ak sejak sekolah rendah lagi!!!
ak pown terkejut bile taw die seorang blogger!!!tapi nice la sbb ak suke cara penulisan die..

SECOND

nie salah 1 blogger yg ak respect... nama die syafiq...
blog die bagi ak sangat kemas n teratur pastu simple je...xmcm sesetngah blog yg loading die lama...
nak masuk pown susah!!!

THIRD

blog nie salah 1 blog yg ak slalu singgah!!!!
memang menarik nmpk simple n x serabut!!!
1 lagi ak suke cara penulisan dan bahasa die...
nice one!!!

k la,sampai sini je entry ak kali nie...korang jgn lupe usha2 blog2 kat atas nie...
bagi ak blog nie sume the best!!!
SALAM!!!!!

Tuesday, June 26, 2012

EURO 2012-Juara lama atau baru?

Assalammualaikum....
ape kabar kengkawan sume??
klau sihat,Alhamdullilah!!!

Sekarang nie tengah musim bola...
xkisah la tempatan atau luar negara...
tp yg hangatnya adalah musim EURO 2012...
yg sedang berlangsung di astro supersport....

Banyak ramalan yg mengatakan bahawa SPAIN akan menjuarai 
kejuaraan euro tahun ini....dan ada sebahagian yg mengatakan GERMANY 
yg akan muncul sebagai JUARA mengalahkan juara EURO 2008 dan juara dunia 2010 ini...
mengikut statistiknya Germany yg mendapat mata penuh dalam peringkat kumpulan 
tanpa kalah atau seri sehingga SEMI-final ini yg seharusnya menjuarai kejuaraan ini....
mengikut klpos yg dinyatakan dalam entrynya...bahawa dua pasukan akan diramalkan menjadi juara
iaitu Germany dan Spain...dan ini diramalkan oleh ejen perjudian terbesar di England....

 

Bagi korang siapa yg layak bergelar juara???
tapi mengikut pendapat ak,GERMANY yg akan 
menyandang gelaran juara EURO 2012 ini...
Kita tunggu dan lihat sahaja....
ASSALAMMUALAIKUM
p/s:sebenarnya ak peminat no 1 GERMANY...hehehe
gogo germany....hehe

Thursday, June 7, 2012

"BODOH" perkataan yang digemari

bangun pagi open lappy,
hope u all are happy,
pagi-pagi gosok gigi,
assalammualaikum dan selamat pagi!!!!

sebenarnya ak xtaw ape motif ak nak berblogging pagi nie....
tapi disebbkan rasa hati yg ingin ak kongsikan sesuatu...
ak cube mencari motif tersebut!!!
persoalannya!!!
kemanakah motif tersebut menghilangkan diri ???
adakah ak yg menyebabkan motif tersebut kecil hati??
tapi siapakah motif???
sorry!!! cite nie xde kene mengena dgn motif tersebut!!!
(pagi2 mcm nie biasa la,otak tengah beku memang mengarut la jawabnya)

ok straight to the point....
ak nak kongsi pasal 1 bende yg sering korang sebut...
iaitu perkataan "BODOH"....
perkataan nie da biasa menjadi sebutan setiap individu di negara kita...
bukan sahaja dalam kalangan remaja bahkan orng dewasa dan kanak2 juga....
kadang -kala kita mungkin tidak sengaja menyebut,
dan mungkin kita xperasan ape yg kita sebut....
walaupun zaman telah berubah dgn teknologi yg canggih...
tapi manusia yg tidak pernah berubah atau mahu berubah...

ramai orng dah lali dgn perktaan itu...
samade orng tu pekak atau memang"bodoh"...
perkataan nie seolah-olah seperti ayat yg wajib disebut....
adakah korang faham apa maksud bodoh???
dan korang rela ke dipanggil sedemikian???
perkataan nie sering disebut setiap hari...
tapi adakah korang perasan....
nie contoh ayat2 yg dicampur dgn perkataan tersebut:-
  1. kau kat mana skang doh ??
  2. sorry doh!!!!!
  3. ak letih doh!!
 agak-agak korang perasan x???
mesti la perasankan...
"DOH" tu singkatan drpd perkataan "BODOH"
 adalah ini nilai terbaik yg dikatakan selama ini...
adakah "kita,kau ,ak ,korang " tergolong dalam orng melayu yg berbudi bahasa
dan sopan santun....
terus terang ak cakap memang xlah!!!
ak sendiri rasa bersalah kalau ak sebut perkataan tu dekat kawan2 ak...
tapi dieorang(sebahagian jew) dengan selamba panggil dengan perkataan "bodoh" dibelakang ayat....
xde langsung ciri2 kemelayuan....xkira la samade lelaki atau perempuan....dua-dua sama je...

resouces from google!!!

kita semua orng melayu,orng Islam....
tapi sikap dan cara langsung xde sikit pown yg sama dengan
cara orng melayu dan Islam....
walaupun ayat tersebut xde dalam undang2 negara....
dan xdiharamkan...mcm "dadah"...
sesiapa yg menyebut perkataan "bodoH"
akan dikenakan  denda sebanyak RM1000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali....
memang xde,sbb bende nie bukan jenayah....
tapi korang kene ingat....
bila korang memanggil seseorng itu dgn perkataan bodoh....
dan menyebabkan die sakit hati dan kecil hati...
maka korang akan menerima ganjaran....
iaitu pingat dosa dan percutian di neraka ville....

ok...sampai sini celoteh ak.....
buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali...

burung didik terbang di awan,
muda belia menangkap ikan,
baik-baik kita berkawan,
akhlak mulia mesti diutamakan....

kbye n assalammualaikum....

Tuesday, June 5, 2012

KEGAGALAN adalah 1 titik permulaan

Assalammualaikum.....
dan salam 1 malaysia.....
Entry kali nie I want to talk about failure in the examination....
ok we straight to the point....
persoalannya!!!
apakah punca kegagalan???
mengapa kita boleh gagal???
 siapa yg menyebabkan kita gagal???
Tepuk dada tanya diri sendiri!!!!
Kegagalan mungkin perkara biasa bagi sesetengah pihak...
ramai juga yg berkata "kejayaan itu bermula dengan kegagalan"....
apakah maksud ayat tersebut??
adakah korang faham apa yg dimaksudkan ayat tersebut???
baiklah,ak sendiri akan huraikan maksud ayat tersebut....
"setiap kegagalan adalah 1 pengajaran,jika kita gagal x bererti kita gagal untuk selama-lamanya tetapi kita kene menggunakan setiap peluang yg ada....gagal kali pertama adalah pengajaran dan pengalaman,peluang kedua masih ada untuk menebus segala kegagalan lepas "

Bagi mereka yg tidak pernah menghadapi kegagalan itu adalah anugerah atau rahmat yg diberikan oleh ALLAH S.W.T....hal ini kerana mereka(tdk pernah gagal) telah berusaha lebih drpd mereka yg lain(gagal)....
Kita kembali semula kepada persoalan yg ak berikan!!!
yg pertamanya adalah punca kegagalan....
punca yg pertama adalah diri sendiri..
mesti anda tertanya2 "mengapa diri sendiri?"
sbb diri sendiri adalah penentu tujuan hidup samada positif atau negatif....
kita perlu yakin dengan diri kita dan bukan sebaliknya....

punca yg kedua adalah faktor persekitaran
maksud disini bukan persekitaran bandar atau luar bandar...
tetapi orng sekeliling....kita manusia biasa.,mesti lebih sukakan hiburan...
klau orng sekeliling kita kaki raya,kaki lepak dan mcm2 kaki lagi..
kita mesti akan terjebak secara automatik....biasa la darah muda mestilah nak enjoy...
itulah yg menybbkan kita lupa tentang pelajaran....

seterusnya adalah mengapa kita boleh gagal...
punca pertama adalah kurang fokus.... 
fokus kita mudah terganggu disbbkan jumlah pelajar terlalu ramai didalam sesebuah kelas...
ini menyebbkan mereka akan hilang pertimbangan didalam kelas dan berborak kita pensyarah atau cikgu sedang mengajar dihadapan....

punca kedua adalah overconfident
kadang-kala disbbkan terlampau yakin,kita boleh salah...
dan kesalahan itu adalah kesalahan kecik tetapi jika terlalu banyak kesalahan kecil...
ia mungkin akan menjadi 1 jumlah yg besar!!!jika kita sudah tamat menjawap soalan,kita seharusnya membuat doublecheck terhadap kertas kita....supaya kita bole tahu mungkin ada kesalahan2 ringan yg xpatut kita lakukan....

dan persoalan yg terakhir,siapa yg menyebabkan kita gagal
punca pertama adalah antara kita,ibubapa,dan Allah...
 jika kita gagal walaupun telah berusaha dgn gigih...
itu adalah hubungan kita dengan ibubapa...apabila kita memalukan 
dosa terhadap ibubapa dan tidak meminta maaf kpd mereka...
Allah akan menurunkan balasan kecil iaitu melalui kegagalan....
hubungan kita dengan Allah juga perlu dijaga...bkn sahaja perlu tetapi wajib dijaga...
Ibu saya ada cakap dengan saya"klau usaha tetapi tidak berdoa, pun tiada guna...dan klau berdoa sahaja tanpa berusaha pun tiada guna"

punca kedua adalah antara kita,kawan dan kekasih...
apa kene-mengena kegagalan dgn kawan dan kekasih....
kawan dan kekasih boleh mendorong kita untuk berjaya...
tapi ingat!!!
tidak semua kawan mahu lihat kita berjaya...kerana hasad dengki pada setiap orng akan timbul 
apabila melihat kejayaan seseorang itu...kawan dan sahabat adalah istilah yg sama dan maksud yg berbeza...
dan kekasih juga boleh membuatkan kita lalai dan juga boleh menybbkan kita 
jatuh ke kancah maksiat jika tidak ada batas pergaulan....

ok lah sampai sini je la celoteh budah KAMPUNG....
sbelum ak tamatkan enty ak kali nie...
ak nak bagi 1 pantun... 
"Rasa gundah akal cerah, 
 Tahan alah waktu segala; 
    Usaha sudah tawakal serah, 
   Tuhan adalah penentu segala"
p/s:segala diatas adalah satu kisah benar dan ia terjadi kepada diriku sendiri...jadi ak share untuk korang sume
agar menjadi tauladan....

Thursday, May 24, 2012

MARTABATKAN FILEM MELAYU

ASSALAMMUALAIKUM.....
salam 1 malaysia...
sedar xsedar da  masuk pertengahan tahun 2012...
pejam celik pejam celik kjp je masa berlalu....

Hari adalah hari khamis (24/5/2012)....
ak nak cite pasal filem melayu yg x dapat sambutan....
Filem HOORE-HOORE....
ak terkejut bila ak pergi tengok wayang cite nie...
xsampai 10 orng yg tengok filem nie...
padahal ari adalah tayangan ari PERTAMA...
lain la klau da seminggu....memang sikit la orang...
ak fikir-fikirkan filem nie mungkin xdapat sambutan sbb orng sekarang 
kurang minat tengok filem melayu klau ada latarbelakang lagu lama....
mungkin bila dieorang tengok hero dia hensem tp heroin die kureng cantik...
dieorng terus boikot filem 2....
sumpah weiii,klau korang faham apa itu seni atau karya...
ak gerenti korang akan faham maksud disebalik cerita nie...

FILEM HOORE!HOORE!

weiii....
filem nie berdasarkan lagu2 allahyarham SUDIRMAN HJ.ARSHAD...
performer no1 ASIAN suatu ketika dulu.....
seharusnya kita yg patut bangga dgn bangsa kita sendiri...
kita yg perlu naikkan martabat orng melayu dan filem melayu...bukan sebaliknya...
sekarang nie,orng melayu lebih mengagungkan filem2 barat....
abis tu sapa plak yg nak mengagungkan filem kita,klau bukan kita yg mengagungkan...
korang ingat orng barat nak tengok filem kita...memang xla...

ALLAHYARHAM SUDIRMAN HJ. ARSHAD

ak sarankan korang tengok la filem.....
tapi klau korang xsuke xpe la...
ak xpaksa pown,sbb 2 hak korang...
mcm ak cakap tadi...klau korang paham ape itu seni!!!
korang xkan menyesal punya...
ak gerenti!!!

P/S:MAAF SEKIRANYA ADA YG TERASA..... PEACE NO WAR :-)

Monday, April 30, 2012

PPAS(perbadanan perpustakaan awam selangor)

assalammualaikum.....

ape khabar kengkawan n sume kaki blogger se-malaya...


da lama ak sentuh blog nie...sampai da berkarat blog nie...hehehe...

sebenarnya ak sibuk sikit sbb final exam baru2 nie...lagi satu lappy ak jahanam la plak...huhuhu...

sbb 2 ak update blog pakai phone android...tapi leceh la...sbb baru first time gune...

k la,pendekkan cite gambar kat atas 2 adalah gambar ppas yg baru first time ak pegi walaupown da lama duk kat shah alam nie....klau korang masuk,mesti tenang je nak study...tempat bersih,sunyi,selesa pastu sejuk n nyaman..hehehe...


klau cite panjang pown xgune,

so,korang tengok je gambar 2,

klau nak rasa sendiri keadaannyer dtg la PPAS nie...xsusah pown..cume kat seksyen 13,shah alam...


k la sampai sini je la yg ak dpt cite...

sbb susah plak menaip pakai android nie...hehehe..so,ak sarankan klau korang nak blaja..kat sini slah satu tempat yg sesuai...

k la...bye n assalammualaik...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

SAAT SEMAKIN HAMPIR UNTUK PENGAKHIRANNYA

ASSALAMMUALAIKUM
 dan salam 1 malaysia....
sudah sekian lama blog nie tidak diupdate...
sehinggakan sang labah-labah telah membuat sarang dan beranak-pinak....
hehehe~~(da lama x wat karangan B.Melayu)...

korang mesti xpaham ape maksud title yg kat atas 2...
sbenarnya "saat semakin hampir" bermaksud final exam da nak dekat n
"untuk pengakhirannya" bermaksud penghujung sems nie...hehe(BERBELIT LIDAH )



klau cite pasal exam nie mesti sume rase seram je....
ye x??
adat laa,klau da nama student...hehe
exam ak tinggal lagi 2-3 mnggu,rasa seram sejuk je..
sem nie ak ade 4 final paper...banyak kan!!!huhuhu
1 week for 4 paper...perghhh,menakjubkan...study week seminggu je...sekejap sangat..
cube la bagi dalam 2-3 minggu baru la leh dapat 4flat dengan mudah!!!
tapi klau ikutkan hati ak nak final exam nie habis awal...
sbb xsabar nak cuti..hehehe..ye la sbb ak da 2 bulan lebih xbalik kg...
homesick la plak ... so,kali nie kene studyhard cikit..
weyhh!!!lupe plak,next sems ak LI(latihan industri)...hehe...
sems depan xla mengadap buku,wat assignment,case study,or presentation...hehehe..
yahooo!!wait2... da lari topik la plak....
ok2..kita kembali ke topik utama...hehehe..
urmmm!!!sebenar nya ak da kekeringan idea nak wat ayat....
xpe2.. ape kata kita tengok jadual final exam ak...hehe

hehehe...kene conteng sikit2 sbb ada kod rahsia...sorry :)

so,sampai sini je la cite ak...hehehe
p/s:harap2 result sem nie lebih baik dari sebelum2 nie...pointer pown harap2 meningkat!!!
                wish me luck!!!

Sunday, March 4, 2012

SPORTRIM BARU

assalammualaikum my frenz....
selamat hari AHAD....
hurmm!!!semalam(sabtu,3/3/2012) adalah hari paling ak tunggu2...
sbbnyer ak da dapat barang yg ak impikan selama ini...huhu
iaitu SPORTRIM baru...hehehe...

rasa bangge pun ade,tp orng kate xelok bangge2 ALLAH xsuke...
so,hanya mampu tersenyum saje...hehehe...
sebenarnya ak cadang bile ak jual handset lama E75... 
ak nak beli handset baru iaitu BB(blackberry Bold 4)...
tapi nak wat camne,kene la beli barang yg penting dulu!!!
so,xdapat la nak beli BB....tunggu la bile ade duit lebih!!!hehehe....
 BB yg diidam-idamkan!!!huhu

phone lama yg terpaksa dijual!!huhuhu...

klau bab MOTO nie memang ak noob...hehehe "lebih baik jujur daripada menipu"
so,ak terpaksa meminta bantuan daripada member2 ak yg pakar dlm bidang pe"motor"an nie...
kitorang carik sportrim moto dari pukul 2.30 ptg...kitaorng survey sportrim kat kawasan seksyen 7 shah alam...
kat situ ada 3 kdai moto je...2 kdai yg banyak aksesori, 1 kedai moto biase je...!!!
 kitaorng survey sume kedai kat situ...mula2 berkenan dengan henkai 6 btg...try la tanyer harga kat pekerje kat situ,die kate hargenyer RM220...perghh mcm xcaye murah gile...
bile tanyer balik semula dgn pekerje nyer yg lain,tibe2 harga terus mendadak RM600...
hehehe...xmustahil la hargenyer mahal mcm 2,sbb henkai original kompom2 la mahal...
xle dinafikan lagi...
lps 2 kitorang gi 1 lagi kedai yg mewah 2...tapi xde orng nak layan...
nak wt camne,mungkin tengok cara kitorang nie,mcm muke sengkek je.huhuhu..
lepas 2 kitaorng survey kat kedai yg biase je..jumpe lak spotrim 6 btg tapi lupe la pe namenyer...
cadang nak amik siap tanyer harge dgn tayar tiuples(xtaw eja)...hehehe..hargenyer sume Rm330..
memang kompom nak amik tapi ade masalah plak...kne tunggu stok sampai hari isnin...
padahal nak terus cash n carry je...Akhirnye,ak nan member2 ak g kedai yang banyak gak la aksesori..
mula carik sportrim 6 btg gak...ade memang ade tapi kene tunggu gak..lps 2 member ak cadangkan sportrim LC 5 btg...tapi xde la stokk untuk moto 125 wave ak...huhuhu...
lastly,member ak nampak 1 sportrim sebijik mcm moto die..iaitu GTO 18 batang..member ak punyer warna putih,n yg ak beli warna hitam!!!hehe~~
confirm kan harga sume..nasib bek member ak nie pandai lego harga...last2 member ak cakap
"ok rm 320 kitaorng angka sekarang!!!"..cina 2 kate OK...
so,ak terus bayar...die siap pasangkan kan tayar kat sportrim lagi....xde upah2...
 transformasi moto ak..hehehe...cun x???

  sportrim belakang....

sportrim depan...

kos pertama sportrim n tayar Duro adalah RM335

kos kedua upah pasang barang dalaman adalah RM52

kos sume adalah RM387...

disebbkan kepakaran member2 ak n dieorang pandai lego harga...
akhirnya ak dapat beli dgn harga yg agak murah la...hehehe
so,sampai sinie je la celoteh ak!!!!
walaupun duit abis skali gus,tapi kepuasan tetap ada!!!
yg penting moto ak boleh gune...so,xyah nak hrapkan orng bile nak g kelaz!!!!

P/s: lepas nie ak nak beli barang moto yg lain...tunggu duit dlm poket tebal la...hehe~~~

Tuesday, February 28, 2012

ciri-ciri wanita dan lelaki yang tidak boleh dibuat teman hidup

assalammualaikum kawan2...
ak nak cite sikit pasal dua bende yg ak bace dalam 
1 artikel tapi ak lupe la blog sape aku bace !!!!
Dalam artikel itu ada tulis "suami membelasah isterinya kerana isterinya tersebut pulang 
kerumah ibunya tanpa memberitahu suaminya"...
dan lepas itu "isterinya menyihir suaminya akibat cemburu buta"...
bila ak bace artikel yg kat atas tu ak terus dapat idea nak wat entry baru!!!
yang artikel first tu mungkin salah isterinya sbb keluar rumah tanpa izin suami...
tapi kerana panas baran suami tersebut terus membelasah isterinya...
artikel kedua tu paling menyedihkan,gara2 cemburu sanggup dia sihirkan suami die...
memang xkan cium bau syurga la...patut la ak penah dengar dari orng2 kuat agama 
ckp ahli neraka kebanyakkanya adalah wanita...

ciri2 lelaki yg dibenci perempuan 

gambar sekadar hiasan...
  • PANAS BARAN- normal la klau setiap orng ada rasa marah,tapi orng yg panas baran nie langsung xpandai kawal kemarahan...bende kecik pown bole naik angin...sampai ada yg gune kekerasan..pukul la,belasah,terajang...kadang2 dieorang xsedar ape dieorang buat... so,klau pakwe korang ade sikap mcm nie,jaga2 la...silap haribulan tangan die akan melekat kat pipi korang... :)
  • MATA KERANJANG- hah!! yg nie korang kene jaga2 la..jangan cari yg kaki clubbing,sbbnyer kebanyakkan lelaki yg mcm nie senang2 je tukar awek,da mcm tukar baju...klau korang kawin dengan lelaki mcm nie,berkemungkinan korang akan dapat madu...kira ok klau dapat madu sbb korang dpt ganjaran Payung Emas...klau laki korang kerja nyer berkepit dengan minah2 Bohsia kat luar sana.. hah!!amekk ko!!..hahaha
  • SUKA MENIPU- menipu nie memang banyak la..selalu nyer bile baru nak kenal2....biasela la,klau lelaki mcm nie selalunye ckp single padahal awek keliling pinggang,itu kira ok lagi..nie ada yg da kawin n anak da 3-4 orng masih mengaku single...orng mcm nie la korang kene jauhkan diri...nanti ada yg gigit jari menagih cinta...huhuhu :(

ciri2 wanita yang dibenci lelaki

 gambar sekadar hiasan...
  • CEMBURU BUTA- inilah perangai wanita skang,suke buruk sangka dengan pakwe/husband dieorang...cemburu tu normal la pada setiap insan dimukabumi yang indah ciptaan ILAHI.....tapi beragak la,sampai ada yg sanggup hantar spy,skodeng laki die tiap hari...ada yg melampau sampai bagi laki die makan nasik kangkang supaya laki die tunduk kat die...ish3 teruk gile la...xde pegangan agama langsung...
  • MATA DUITAN- permpuan lebih pentingkan harta dan wang ringgit...suka shopping bende yg xperlu,mkan tempat2 mahal mcm hotel 5 star...kejenye menghabiskan duit..lakinya penat carik duit,die senang2 mengabiskannya...memang xde hati perut la..orng mcm nie la jgn amik wat bini..menyusahkan!!! :)
  • MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI- lebih kepada kecantikan paras rupa dan bentuk badan...klau boleh nak kuar jalan2 nak mekap tebal2...kuar makan mekap tebal...sume bende nak gune makeup...lepas 2 kerap pergi pusat kecantikan nak dapatkan rawatan kulit berkedut...huh!!!bende mcm 2 xpenting la...pergi senam aerobik la n mcm2 lagi la.. klau korang kawin dgn orng mcm nie,hurmm...makan kedai mamak je la jwabnyer...pastu die lupe tanggungjawab sebagai seorang isteri...korang pn da rase mcm Bujang kembali..ahahahaha
ak rase cukup la sampai sini je celoteh ak...
klau bagi lagi banyak,takut ade yg makan hati plak...
so,renung2kan dan selamat beramal!!!

P/S: kepada sesiapa yg terasa hati,ak minx maapla ye..xde niat pun nak sakit kan ati sesiapa...
niat dihati hanya la untung berkongsi dan bukan untuk menyakiti!!! PEACE NO WAR :-)

Friday, February 24, 2012

PURE blogger-no1 Blogger social Network

assalammualaikum!!!!
hye pekabo sume!!!!
sihat la ye...
arinie ak dgn x sengaja terbuka YAhoo mail ak...n then ak ade nmpk 1 email yg menarik taw....
nama nye PURE BLOGGER....mesti korang da taw kan...
apsal korang xnak share kat ak...huhuhu :(   
lepas 2 ak bace kat situ yg ak di invite untuk join social network...
so, ak tengok mcm best je...n then ak follow up la step by step...
sekali ak bukan web die, perghhh mcm Facebook la...
tp ak tengok Pure Blogger nie mcm lebih modern dari FB je...
serius,memang gempak la...
tapi ak xsure la..social network untuk sume or khas untuk blogger je...
adoi,pening memikirkannyer....

samakan mcm facebook???
sama tapi xserupa....
 
klau korang nak join tekan nie purebloggers.com ....
lepas 2 klau da log in /sign up add la ak ye jadi friends....tekan je nie http://purebloggers.com/king_hiroshi/ ...

jom la kita meramaikan nyer...HIdup kaki blogger!!!!!

Wednesday, February 22, 2012

ULU yam

HAi kengkawan....
arinie adalah ari keempat ak berada di KG ak...
Kg ak kat Tanjong Karang,selangor...
rase bosan 2 tetap ada tapi biar la yg penting ak dapat rehat dalam suasana kg...
aman je rasenyer,xmcm kat Shah Alam...pagi2 lagi da dengar bunyi Hon kereta,bunyi ambulans la,bomba la,polis pown ade!!!huhuhu..

Semalam ak cite pasal first time ak main paintball tapi arinie ak nak cite pasal first ak p mandi-manda di ULU YAM...bunyi mcm best je kan...hehehe..memang best pown...kitaorang pegi nie pown da lama..dalam 2 tahun lepas gak la..tahun 2010....xtahu la nape tahun 2010 nie tahun paling seronok dlm idup ak...mungkin sbb
ak sudah cukup umur...hehehe..hah,1 lagi sbb masa nie ak masok form 6 ....
biase la klau umur da cukup matang,ada je idea nak wat aktiviti...klau xsilap,time kita orang pegi nie
ari sekolah...n kompom2 la kitaorang ponteng skola...
kitaorang pergi seramai 5 orng je..tapi 1 kereta je la...
kereta kenari je....baygkan la klau 1 kereta penuh pastu naik bukitt...perghh sesak beb!!!
klau cite memang xkan abis la...
jom tengok gambor....hehehe


  nie time baru sampai kat ulu yam!!! amacam cantik xpemandangan nyer
snap pic with my kenari gangster!!!hahaah


 time mandi sempat lak amik gambor....!!!

 biase la 2!!!budak2 PLKN memang mcm nie!!!hehehe


 adoi!!ak kene belasah dgn taiko2 besar!!!huhu

 amacam!!!ada gaya x jadi model!!!gambar nie leh wat cover majalah
PLAyBoy taw..hikhikhik...

 ntah pape ar!!!

 jadi DUtA produk makanan la plak!!!baru la CARA...

ce-teka mane 1 jari ak???hehehe

so,sampai sini je la nurkilan ak pagi ari nie...nanti kalu ade cite baru ak akan story kat korang
ok bye n see ya!!!!

Tuesday, February 21, 2012

CERITA DULU-DULU (first time main paintball)

Assalammualaikum n salam 1 malaysia...
 sebenarnya time cuti sems la rase mcm bosan je...
xtaw la kenapa...mungkin sbb member2 da xde kat kg...
yela,masing2 da besar,ade yg keja,ade yg praktikal,ade yg study...
xmenentu la klau nak jumpa dieorang...huhu :(

so,da bosan,xde mende nak wat,ak dok usha la gambar2 lama dlm phone ak...
ye la...phone je canggih tapi xpenah nak usha isi kandungan nyer....
usha punyer usha,tengok punyer tengok... tibe2..
ak terlihat dengan sengaja nyer gambar time ak first time main game PAINTBALL dgn
member2 ak....

memang xleh lupe la sbb first time main game tembak2 real punyer...
klau nak cite pasal first time main game nie kompom2 ak da lupe ..
so,ak cume cite ape yg ak ingat je...
klau xsilap ak mase ak main pada 23 oktober 2010 hari sabtu...
ape yg ak taw tempat n game yg ak main nie namanyer bukuik kepuik(bukit kepong)..hahhaha
so,nie je la introduction yg ak ingat...
jom kita tengok gambar pulak!!!!


 nie adalah equipment yg penting untuk main paintball


 nie la peralatan utama klau nak main...klau xde bende nie nak tembak pakai ape???
nak pakai lastik ke???haha

nie suasana mase kitaorang baru sampai....orng memang xramai pown....banyak kemudahan ade kat sini...biase la dekat dgn pantai remis,at Jeram...

   bro!!! cantik walkie talkie 2!!!haha

 biase la!!!sume pantang nmpk kamera,nak bergambor je la...

 klau da siap pakai topeng n baju kebal,mestilah da nak start main..hehe
 muke die lagi,bosan,bosan dan bosan..hehehe(grau je bro)

 bro!!snap pic sendiri nampaknyer!!!haha

hah!!yang nie da kenape..meroyan kew...


hah,amcam ade gaya xkitaorang jadi professional shooter xpown professional killer!!!
walaupun kitaorang baru first time tapi kita orng tetap hebat...jangan jeles sapew yg xpenag main...
hehehehehe..



 sape2 nak try,meh la dtg sini..siap alamat n no phone lagi...
walaupun 2 tahun da berlalu.ak tetap simpan kadnyer lagi...klau yg da pernah main 2,cube la tempat baru sbb suasana CAMP R.P.G berbeza sikit sbb bertemakan hutan...klau korang nmpk kat kad tu ada website die, try la search, tekan je kat sini
 ak harap korang enjoy la dengan ape yg ak cite nie...hehehe
harap2 korang x bosan...selamat membaca...bye..

p/s: sape2 yg berani nak fight paintball dgn team kitorang,ckp je kat ak...klau berani la..sbbnyer kitaorang main,memang xkan bagi belas kasihan punyer...kitaorang memang kejam....hahhahaha