Total Pageviews

Saturday, December 31, 2011

AWAS KETIKA BERKATA-KATA

ASSALAMMUALAIKUM....

pernahkan korang dengar ayat "LEBIH BAIK DIAM DARI BERKATA-KATA"...
mestilah pernahkan!!!!tahukah korang mengapa ayat sedemikian tercipta???


maksud diam dari berkata-kata memang banyak dan boleh didefinasikan dlm pelbagai bentuk....


MENGENAI KEBURUKAN BERKATA SESUATU YANG MENDATANG DOSA


bende ape yg paling tajam didunia????
dan bende tersebut bukanlah sebilah pedang ataupun kapak tetapi salah 1 anggota dalam tubuh badan kita,iaitu LIDAH....
walaupun lidah adalah yg paling lembut tetapi ia adalah sangat berbisa dan tajam,


kerana lidah,
timbulnyer fitnah,
kerana lidah sesebuah kerajaan bole kecundang,
kerana lidah,neraka jahanam la tempat kita...


segala percakapan seharusnyer diatur atau ditapis...sekali kita bercakap mengenai sesuatu yg boleh mendatangkan dosa,mkn kita xbole menarik balik kata-kata tersebut....apabila ayat yg kita keluarkan daripada mulut atau lidah yg boleh menyakiti mane2 pihak tertentu,maka keperatusan kita untuk dicampak ke neraka adalah tinggi....
KEBAIKAN BERDIAM DIRI
Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : “Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: “Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh “ Ah!” terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? ” 
(Riwayat Ahmad)



sebenar ape yg dimaksud oleh ayat2 tersebut adalah DIAM mempunyai kelebihan yg tersendiri....
lidah diciptakan oleh ALLAH untuk kita berkata-kata atau mengucapkan sesuatu yg berfaedah dan mendatangkan kebaikan dan bukan digunakan untuk mengeluarkan kata2 yg sia-sia....jika kita diam x semestinyer kita lemah atau lembab...apabila kita diam maka,kita bole berfikir secara rasional...dan bukan sekadar kata2 yg kosong...cerdik diam lebih baik dan banyak manfaat daripada orng yg berlagak pandai(BODOH)yg banyak cakap....pepatah melayu ade berkata"diam-diam ubi berisi"...
Rasullulah bersabda mengenai kebaikan berdiam yg bermaksud
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
DAN AKHIR KATA DARI AKU....
MENEGUR AKAN KESALAHAN ORANG ADALAH TIDAK SALAH,
TETAPI APA YG SALAH ADALAH MEMIKIRKAN ATAU MENCERITAKAN TENTANG KESALAHAN ORANG...

p/S : AKU WAT ENTRY MENGENAI PERKARA INI,SBB AK PERNAH MELAKUKAN DOSA2 YG XSEPATUTNYER AK LAKUKAN....DAN AKU NAK KORANG TAW SUPAYA KORANG DAPAT MENCEGAH DIRI KORANG DARIPADA TERLEPAS KATA...AK INGIN KONGSIKAN ILMU YG AK DAPAT DARIPADA KESILAPAN LALU...DAN ENTRY INI ADALAH ENTRY TERAKHIR UNTUK TAHUN 2011...SO,JUMPE TAHON DEPAN K....BYE N ASSALAMMUALAIKUM...




1 comment:

  1. walaupun ak xder blog mcm lu bro...tapi memang best la lu...wa respect...

    ReplyDelete

rasa-rasa diri anda kacak/cantik sila la komen..thanks