Total Pageviews

Monday, January 16, 2012

REMAJA SEKARANG ALPA , PENTINGKAN DUNIAWI

ASSALAMMUALAIKUM...
mungkin anda sume hidup gembira dan bahagia disamping kwan2,kekasih dan keluarga tercinta...
mungkin anda sume tertanyer2 kenapa perlu didahulukan kwan2...
dan kenapa bukan keluarga....
sbb ramai manusia lupa tentang kepentingan keluarga...
ramai remaja lebih pentingkan kawan2 dan kekasih tapi mereka lupa yg keluarga adalah segala2nya...
remaja beranggapan kawan banyak membantu mereka,padahal keluarga yg selalu 
beri sokongan serta berdoa...
tetapi mereka lupa,alpa dan xsedar semua itu....dalam diri mereka hanya keseronokan berkawan,keseronokan bercinta tanpa mereka x sedar mereka hanya pentingkan duniawi semata-mata...

sedar la wahai remaja,
sebelum kamu kehilangan,
sedar la bangsa2 ku,
sebelum kamu hanyut dengan dosa2...

woi,jangan ko ingat ko hensem ko cukup bagus....
jangan ingat ko cantik ko da cukup hebat...
ape yg ko ade skang hanya sementara,hanya dipinjamkan oleh ALLAH....
ingat tu....

ak bukan la baik sangat,tapi sekurang-kurangnye ak sedar siapa ak dimuka bumi ALLAH...
ape yg ak bagi tahu,adalah untuk kebaikkan korang kelak....
ak taw kebanyakkan remaja sekarang lebih banyak meluangkan waktu bersama kwan2 dan kekasih...
korang jangan lupe...klau bukan sbb keluarga korang,korang xkan berada dimana korang pijak sekarang....

skang nie bile ak tengok fb(facebook)...
ramai wat status "miss my honey","rindu kat cayunkk","yahoo,xsabor nak jumpe bf ak"
ape kejadahnyer???
ape yg korang dapat..."wei,xpayah nak gedik2 la..belum tentu pakwe/makwe korang 2 kawin dengan korang"....memang ada yg wat "miss my mom","miss my dad"...ye aku akui...ade sebilangan yg wat mcm 2...
tapi hanya beberapa orng je...bole kira la...tapi yg sebaliknyer memang xterkira...bile ak online je...ade je ayat baru,ade je status baru....buat semak la...xde faedah...nak menunjuk2 pun, agak2 la....

kepada mereka2 yg berkenaan...henti2 la...ak bukan cemburu ke,dengki ke...tapi
aku cume nak nasihat kan je...klau korang xnak dengar,ikut suke korang la...
ak bukan le wat pape...ak xde hak nak pertikaikan...so,fikir2 la....keluarga adalah SEGALA-GALANYA

p/s:maaf,sekiranya ade yg terasa..ak cume cerita perkara sebenar....aku cume nak share je...niat ak bukan nak jaga tepi kain orng...so,maaf sangat2 sekiranyer ade yg terasa... :)

Sunday, January 8, 2012

lelaki vs perempuan (sikap dan perangai)



assalammualaikum dan salam 1 malaysia....
entry kali nie mengenai perangai wanita dan juga perangai lelaki...

WANITA


  1. hampir 90% wanita lebih suka melepaskan tekanan atau perasaan marah terhadap lelaki..
  2. wanita akan rasa tergugat kedudukannya apabila terdapat wanita baru yg berada disekitarnyer,contohnya didalam pejabat atau pun kelas...
  3. wanita juga akan cuba memperbaiki diri mereka apabila ada orang lain memberi nasihat...
  4. wanita mudah berasa bangga apabila dipuji walaupun hanya baju sahaja yg dipuji...
  5. wanita tidak suka memujuk tapi mereka selalu inginkan lelaki memujuk mereka....
  6. hampir 60% wanita mempunyai ego yg kuat tetapi didlm hatinya mempunyai sikap penyayang..
  7. kebanyakkan wanita muda suka mengambil perhatian orang yang dekat atau rapat dengannya...
  8. wanita juga akan memberontak apabila mereka tidak diberikan perhatian...
  9. kebanyakkan wanita yg cantik akan merasakan yg mereka digilai ramai lelaki...
  10. wanita mudah menitiskan air mata,walaupun ditempat awam...


LELAKI

  1. lelaki lebih suka pendam masalah,walaupun berisiko...
  2. ego lelaki hanya 10% sahaja berbanding wanita...
  3. apabila lelaki itu minat sesuatu perkara atau hobi,sangat susah untuk berhenti...
  4. lelaki pantang dicabar...
  5. hanya 15% sahaja lelaki akan menangis disebabkan wanita...
  6. lelaki yang tidak kuat rohani dan jasmani mudah ditipu oleh wanita...
  7. kebanyakkan lelaki mudah berharap dengan sesuatu perkara...
  8. 99% lelaki lebih gemar keluar malam..
  9. apabila lelaki mula percaya kepada seseorang,mereka akan mula memberikan 100% kepercayaan kepada orang tersebut....
  10. hampir 70% lelaki suka menyimpan dendam....


LELAKI VS PEREMPUAN


  1. ego perempuan sukar dikalah dengan ego lelaki...
  2. apabila lelaki benci kepada seseorang perempuan,ia akan mengambil masa yg lama untuk memaafkan perempuan tersebut...berbanding perempuan yg mudah memaafkan orang lelaki...
  3. lelaki lebih pandai menjaga hati pasangannya berbanding wanita...
  4. wanita selalu banyak karenah berbanding lelaki...
P/S: semua perkara diatas telah dikaji oleh saya sendiri dengan pelbagai cara...iaitu bertanya, melihat tingkahlaku orang disekeliling dan membaca buku2 yg ada kaitan...

Wednesday, January 4, 2012

BELAJAR DILUAR NEGARA,KEBAIKAN ATAU SEBALIKNYA??

Assalammualaikum....
rasenyer masih xterlambat nak ucapkan selamat tahun baru....
biase la,tahun baru banyak cerita baru...
malam kelmarin,ak ade bace 1 entry yg melibatkan pelajar malaysia diluar negara...
tapi saya lupe la,entry sape yg saya bace(maaf kepada admin tersebut)..
so xleh la saya mentioned namenyer...

ape yg saya bace adalah mengenai tentang kejutan budaya atau culture shock...
yg telah terkene kepada pelajar malaysia iaitu pelajar terbaik SPM 2004(klau xsilap la)..
pelajar tersebut adalah NUR AMALINA CHE BAKRI....persoalannyer,adakah ape yg disebarkan oleh pihak tertentu mengenai pelajar ini benar atau sebaliknyer....tapi ape yg disebarkan terdapat bukti yg kukuh iaitu gambar pelajar tersebut yg diambil atau dicuri oleh pihak tertentu...gambar tersebut diambil di laman sosial pelajar tersebut(facebook)....

gambar amalina che bakri yg dikatakan terkena kejutan budaya(maaf gambar hanya copy di google images)

sebelum tersebarnyer kes mengenai amalina ini,terdapat 1 lagi kes,
iaitu mengenai pelajar yg berkawin sesama jenis(gay)...
pelajar tersebut adalah Ariff Alfian...
belajar tersebut bekawin dengan pasangan gaynye yg bernama jonathan...
gambar perkahwinan pelajar ini juga boleh dijadikan bukti bahawa anak melayu kita,semakin menjadi-jadi perangainya.......

gambar ariff alfian bersama pasangan gaynya,jonathan...

Dua perkara diatas,menjadikan saya ragu tentang keselamatan orang melayu yg menuntut ilmu
diluar negara.....mungkin xbanyak yg terjadi,tetapi dengan hanya segelintir ini,ia bole menjatuh kan martabat orang2 melayu asli,bahkan bukan bangsa sahaja,malahan agama islam juga akan terkene tempiasnyer....ramai anak melayu yg dapat mengharumkan nama negara di universiti2 terkemuka...tapi kerana mereka tidak pernah melupakan adat dan agama...tapi sekarang,ramai juga anak melayu yg keluar negara semata-mata untuk bermegah dan bukannya mempunyai niat untuk menuntut ilmu....

pepatah ada berkata "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan", "berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian,bersakit -sakit dahulu,bersenang-senang kemudian" , "usaha tangga kejayaan"....

pepatah diatas adalah sangat2 bersangkut paut tentang sesuatu perkara yg berkaitan dengan ilmu...
mungkin anda semua pernah dengan ayat"TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"
ayat tersebut memang benar dan sampai sekarang melayu masih ada,tetapi melayu akan hilang adat dan adabnya....
memang benar kata-kata TUN DR MAHATHIR MOHAMAD...(MELAYU MUDAH LUPA)..

persoalannya????
adakah belajar diluar negara ada kebaikkan atau sebaliknyer???
bagi saya memang ada kebaikkan kerana terdapat 1 kelebihan iaitu pensyarah atau tenaga pengajar mempunyai kelebihan tertentu dan diiktiraf di seluruh dunia...dan sijil atau master adalah sangat bernilai dimalaysia....tetapi keburukan nyer adalah apabila kita terpaksa pengikut arus kemodenan negara tersebut,dari sudut pakaian atau tatasusila...tapi kita boleh mengelak perkara tersebut dengan ketabahan dan kekuatan iman dlm diri masing2...so,klau anda rasa ada kuat dari segi rohani mahupun jasmani,memang ia xkan jadi masalah...INSYAALLAH...

P/s:setiap insan dilahirkan sama,kelebihan adalah bukan keistimewaan tetapi ia adalah 1 sikap dalam diri setiap insan....