Total Pageviews

Thursday, August 7, 2014

PERSAHABATAN MENDEWASAKAN KEHIDUPAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


 السلام عليكم

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya 
maaf zahir dan batin kepada semua sahabat blogger dan pembaca...
sudah berbulan-bulan saya tidak aktif berblogging atas urusan belajar,kerja dan urusan peribadi

Tujuan posting saya pada hari ini adalah untuk berkongsi mengenai kehidupan saya
ketika saya tidak aktif dalam dunia blogging ini,sebenarnya banyak kisah suka dan duka yang saya ingin kongsikan sebelum ini,tetapi tiada kesempatan untuk saya duduk didepan laptop.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai persahabatan...
sebelum itu,saya akan berkongsi sedikit maklumat yang saya rasa semua orang tahu,iaitu sahabat,kawan,dan kenalan adalah berbeza,ini adalah cara ak menilai..

KENALAN
kenalan adalah seseorang yg kita tidak tahu mengenai latarbelakang yg sebenar,contohnya adalah rakan chatting,rakan blogger,rakan facebook dan sebagainya...Selain itu,kenalan juga merupakan seseorang yg pernah bercakap dengan kita dan kita kenal wajah seseorang tersebut dan mungkin pernah berjumpa beberapa kali...

KAWAN
Kawan adalah orang yg kita kenal dan boleh berkongsi apa jua perkara seperti hobi,minat,perjuangan dan sebagainya...selain itu,seseorang yang selalu kita berinteraksi seperti dalam perbincangan,mungkin didalam kelas,dan sebagainya...

SAHABAT
Sahabat adalah adalah individu yg mempunya tanggungjawab terhadap diri kita,sesorang yg memahami kita dan hubungan seperti adik beradik iaitu mangambil berat antara satu sama lain...
atau bahasa mudahnya adalah "BLOODBROTHER"...

OK,ini adalah sedikit kefahaman yang saya ada mengenai maksud sahabat,kawan dan kenalan...
Setiap individu mampu menilai sesuatu melalui mata,hati dan jiwa(bukan lagu awie ye)
Dengan mata,kita boleh lihat cara percakapan,tingkahlaku dan sebagainya...
Dengan hati kita boleh rasa keikhlasan dalam setiap hubungan...
Dengan jiwa kita boleh rasa kewujudan sahabat...

Saya jujur,saya mempunya beratus-ratus kenalan bahkan hampir ribu,hampir juta...
termasuk orang tua,rakan sebaya,kenalan facebook,twitter,intagram,kenalan kursus,dan banyak lagi...
tetapi saya hanya memperolehi beberapa puluh orang yg boleh dianggap kawan...
dalam berpuluh-puluh kawan yg saya kenal hanya beberapa sahaja yg saya anggap sahabat dunia akhirat atau dalam bahasa sendiri,saya gelar bloodbrother...
Sebelum ini saya mempunya banyak kawan yg sangat rapat tp mcm selalu orang kata,jgn terlampau letak sesuatu kepercayaan terhadap seseorang yg dianggap kawan,terjadilah kes "kawan makan kawan", "backstabber","gunting dalam lipatan"...
Saya salah menilai kebaikan orang,orang yg baik dgn saya,saya anggap musuh kerana hasutan pelbagai pihak...orang yg menjadi gunting dalam lipatan dianggap sahabat dunia akhirat...Memusuhi seseorang bukan atas dasar sesuatu perkara,tetapi atas dasar ikutan..kerana itulah pengalaman boleh mematangkan seseorang dengan menilai sesuatu pada awal peringkat...dan sampai sekarang nielah saya masih kuat memegang ayat ini "kawan ketawa mudah dicari,kawan menangis susah dicari"...
Perkara ini terjadi bukan sekali dalam 22 tahun saya hidup,tetapi sudah berkali-kali,tetapi kesedaran atau pengajaran baru sahaja mengalir dalam darah ini...

Pengajarannya adalah kita perlu menilai seseorang sebelum kita anggap mereka musuh...Kawan boleh dicari,sahabat sejati sampai mati..
Terima kasih 

 السلام عليكم

Thursday, April 4, 2013

Suratan Atau Kebetulan(Bukan Sekadar Lagu)

Assalammualaikum Kawan-kawan semua,
sudah lama ak x update blog nie,kalau xsilap last ak update masa bulan 10 tahun lepas..
Disebabkan banyak masalah,ak terpaksa melupakan seketika mengenai blog ak nie...
Sekarang,masalah sudah selesai sedikit demi sedikit....

Sebenarnya ak nak cerita mengenai hidup ak yg makin hari makin mencabar....
Suratan atau kebetulan adalah sebahagian yg terjadi dalam diri ak...
Banyak kaitan lagu nie dalam hidup ak...
Ak sendiri keliru,sapa diri ak.Dengan orang lain,watak ak berbeza-beza...
dengan orng itu watak ak lain,dengan orng ini watak lain...Kadang-kala ada yg bertanya "apa sebenarnya watak kau nie,baik ke,jahat ke,penyayang ke,pembenci ke???"
Mungkin disebabkan itu,ada yg cakap ak nie talam dua muka...
ak xkisah,sapa la ak ni..ak bukan anak orng kaya,anak menteri,anak Dato,mahupun anak Tan Seri..
ak cume anak orng kampung...
Mungkin disebabkan itu,ak lebih suka menyendiri...Tapi,bila ak menyendiri,orng masih xberpuas hati dengan ak,ak xtaw apa salah ak dekat mereka semua...ak campur orng,mereka kata ak nie terlampau sosial,bila ak menyendiri,orng kata ak xnak campur orng...

Ak xkisah lagi sebab mulut orng memang xle tutup,biasala perangai orng melayu...
tapi yg buat ak terkilan sangat adalah bila sedara sendiri xsuka dekat ak,mengata ak,benci dekat ak...
Memang!! ak taw,ak nie orng asing dalam keluarga nie..ak nie ANAK ANGKAT,tapi mak ak xpenah anggap ak nie anak angkat,walaupun die xmampu nak bagi kemewahan kat ak,ak tetap rasa bersyukur..Sebab kasih sayang yg dibagi xpernah kurang...begitu juga kasih sayang arwah ayah angkat ak...Sebelum ak taw yg ak nie anak angkat,keluarga sebelah mak ak baik dengan ak,selalu bagi ak duit...Sepupu ak dulu selalu bank in kan duit kat bank RM 100 suruh buat belanja masa belajar...tapi sekarang,semuanya ditarik balik,sehinggakan ada diantara Pakcik dan makcik ak minx balik duit yg pernah dieorng bagi dulu...Kesian mak terpaksa kerja keras sbb nak bayar balik duit itu...Sampai sekarang nie la,hati ak masih kecewa dgn sikap dieorang..
Selepas Arwah atuk ak meninggal seminggu sebelum raya tahun lepas,atuk ak ada wasiatkan mak ak sebidang tanah,xla besar sangat pun..Bila tanah arwah atuk hendak ditukarkan nama mak ak,ada yg xsetuju sbb ada nama ak sebagai pewaris tanah 2...sehingga sekarang nama tu belum ditukar disebbkan mak ak berkeras nak tukar nama ak sebagai pemilik tanah 2...Disebabkan ak nie Orng Asing Dalam keluarga nie.."ak xnak la tanah 2,klau korang nak amik la,ak sikit pun xkisah,ak nie bukan jenis yg tamakkan harta dunia"
 Gambar Arwah ayah ak sebelum die meninggal dunia

Masa perkahwinan pakcik ak yg bongsu awal tahun nie,mak ak suruh ak balik kampung,pada awalnya ak xnak,tapi disebabkan pakcik ak yg nak kawin nie pujuk ak,ak pergi la majlis 2...Hanya
sebab die dan mak ak la,ak pergi majlis 2...Bila ak sampai sana,sume pandang ak nie hina..ak buat xtaw je,tp ak masih bertegur sapa,cume dieorng je layan xlayan...Sepanjang majlis 2,ak cume duduk kat tempat Sound System je,sbb orng yg buat sound system kawan ak...ak borak2 dgn die je..sedara2 ak sume buat xtaw,xpeduli langsung pasal ak...masa tangkap gambar beramai-ramai,satu pun xda gambar ak yg dieorang amik...Ak redha,mungkin nie satu dugaan dan suratan bagi ak...

                        
                                                       Nie Gambar Pakcik ak yg Bongsu
                                           (Gambar nie sepupu ak yg amikkan sbb ak suruh)

Lepas 2,masa bulan dua, tahun nie,sepupu perempuan ak bertunang...Dalam kepala ak,ak xnak pergi la,tp die yg pujuk ak suruh pergi..So,ak pun pergi la..situasi yg sama terjadi lagi,tapi kali ak duduk sorang2 kat meja hujung...xde kawan berborak,xde sapa tanya khabar..Dalam hati ak nie macam2 perasaan ada,sedih,terkilan,kecewa..hati ak nie menjerit-jerit bila dieorang gelak2 kat dalam rumah...xde sorang pun jemput ak masok..So,xkan la ak nak buat muka xmalu,main masuk je...ak duduk la kat luar sorang2 main hanset ak yg xseberapa 2...Apa la dosa ak sebenarnya,ak xpenah sakitkan hati dieorang,tapi kenapa ak diperlakukan sebegini..

Lepas kejadian 2,sampai la ke hari ini,ak masih xbalik kg...disebabkan rasa sakit hati yg terlampau,lagu 3-4 minggu cuti sems akan bermula,otak ak asyik berfikir,kenapa la masa pantas berlalu,walaupun ak duduk shah alam,tengah-tengah bandar nie,hati ak bole tenang...dulu tiap2 minggu ak balik kampung,tp sekarang nak balik pun rasa malas disebabkan perlakuan dieorang terhadap ak...Bila ak fikir-fikir balik,hidup ak nie mcm drama melayu..tapi ak bersyukur dengan apa yg ak ada sekarang...Sebab 2 la tajuk kat atas ak tulis suratan atau kebetulan..Cerita ak seolah-olah pernah dipertontonkan di TV...

Ok la,sampai sini je la cerita mengenai diri ak..ak harap korang dapat faham apa yg ak cuba sampaikan..Korang harus bersyukur dgn kehidupan korang...sbb dgn melihat kehidupan orng lain,kita dapat merasakan yg kehidupan kita lebih sempurna,walaupun xde sorang pun yg hidupnya sempurna..
Assalammualaikum....

Wednesday, October 10, 2012

SKETSA-SEKADAR TAULADAN DAN PEDOMAN

Assalammualaikum..
apa khabar semua pembaca!!!
Sudah lama ak xupdate blog,dah bersemak-samun!!!hehehe

Ak ada cerita nak dikongsikan kepada korang semua,agar menjadi tauladan kpd korang semua
termasuk ak sekali!!!
Kisah ini adalah mengenai erti kawan!!
Kisah bermula apabila 5 sahabat menyewa sebuah rumah di satu taman perumahan(dirahsiakan),
lima sahabat itu adalah pelajar disebuah institusi pengajian tinggi swasta(dirahsiakan),
antara pelajar tersebut adalah rashid,salleh,danial,asraff dan rizal(semua bukan nama sebenar)...
Rashid merupakan seorang pelajar yg berasal dari kampung di selangor dan berlatar belakang keluarga yg hidup susah...Salleh dan rizal pula adalah berasal ditengah2 kota metropolitan(KUALA LUMPUR),kedua-duanya berlatar belakang keluarga sederhana!!!Asraff pula berasal dari Kedah dan merupakan anak yatim kerana bapanya telah meninggal ketika die berusia 12 tahun...manakala Danial pula berasal dari johor dan merupakan anak kepada usahawan berjaya(golongan berada)
Awalnya mereka tiada masalah dan hidup dalam keadaan yg harmoni dan tiada masalah!!tetapi berlakunya 
masalah apabila rizal berjaya memikat seorang gadis dikampus dimana die belajar...kehidupan rizal berubah sekelip mata sahaja apabila munculnya bunga didalam hatinya!!Mula2 perkara sebegitu dianggap normal oleh rakannya kerana mereka tahu mengenai adat orang bercinta...
Perkara begitu berlanjutan selama 2 bulan,dan sikap rizal berubah kepada negatif,itu yg merunsingkan kawan2 die..Keluar malam balik pagi,dalam kelas tidur,xpernah fokus ketika belajar,sentiasa bersms,berfacebook,twitter,tagged,bbm,whatssup dan bnyak lagi yg berkaitan dengan internet sosial!!Pelajaran merosot mendadak!!
Perkara tersebut yg merisaukan kawan2 die,tp die buat tidak tahu sahaja...Pernah sekali Rashid menegur akan sikapnya yg semakin negatif,tetapi die tidak ambil peduli bahkan si rashid pula yg dimaki hamun dgn kata2 yg membuatkan rashid terkedu lidah!!!Satu persatu menegur tetapi masih tiada hasil!!!Dan akhir sekali yg menegur die adalah danial,tapi kali nie ayatnya lebih menyengat dan sakit hati,die berkata "aku xkisah xde kwan kat sini,kawan ak ramai kagi kat luar sana"..
mulai dari itu tiada siapa yg ambil peduli mengenai Rizal,dan mereka hanya berdiam diri sahaja!!!
Rizal masih dengan perangainya yg hanya mementingkan cinta hatinya..
Setiap perkara rizal akan membuat sendiri dan sering meminta bantuan kekasihnya...Tetapi ramai kawan2nya yg menarik kemudahan yg diberikan kepadanya!!!Kehidupannya bertambah susah kerana tiada kemudahan dan keperluan yg selalu die dapat drpd kawan2nya...Die terpaksa ke kelas dgn berjalan kaki,mkn dikedai dgn berjalan kaki!!!pendek kata setiap aktiviti yg dilakukan dgn hanya menggunakan kaki!!walaupun jauh mana sekali pun tempat tersebut!!
Kata-katanya memakan dirinya sendiri!!Kerana kekasih sahabat diketepikan dan akibatnya,tiada seorang pun yg membantu die kerana keegoannya sendiri!!!

Kisah ini merupakan salah 1 kisah benar dan sehingga kini ianya menjadi tauladan kepda diri ku sendiri...
dan kisah ini telah ku kongsikan kepda korang semua..
bak kata pepatah "kerana mulut badan binasa"
sebelum ak undur diri,ak nak beri satu pantun..
daun selisih diatas batu,
terima kasih and tq...
Assalammualaikum

Wednesday, June 27, 2012

BEST BLOGGER

Assalammualaikum....
Entry kali nie ak nak bercerita pasal best blogger tp bagi ak je la...
xtaw korang mcmne!!!

blogger nie memang agak aktif sbb setiap kali ak
ak tengok reading list blog ak,ak akan nmpk entry baru dieorang..
dan ak pown berminat baca entry dieorang sbb entry dieorang x membosankan
pastu dieorang sentiasa update new entry...
klau ak da minat confirm ak follow up!!!!

ok,ak akn listkan 3 best blogger yg bagi ak the best!!!

FIRST

actually,blogger nie salah sorang dari kawan ak sejak sekolah rendah lagi!!!
ak pown terkejut bile taw die seorang blogger!!!tapi nice la sbb ak suke cara penulisan die..

SECOND

nie salah 1 blogger yg ak respect... nama die syafiq...
blog die bagi ak sangat kemas n teratur pastu simple je...xmcm sesetngah blog yg loading die lama...
nak masuk pown susah!!!

THIRD

blog nie salah 1 blog yg ak slalu singgah!!!!
memang menarik nmpk simple n x serabut!!!
1 lagi ak suke cara penulisan dan bahasa die...
nice one!!!

k la,sampai sini je entry ak kali nie...korang jgn lupe usha2 blog2 kat atas nie...
bagi ak blog nie sume the best!!!
SALAM!!!!!

Tuesday, June 26, 2012

EURO 2012-Juara lama atau baru?

Assalammualaikum....
ape kabar kengkawan sume??
klau sihat,Alhamdullilah!!!

Sekarang nie tengah musim bola...
xkisah la tempatan atau luar negara...
tp yg hangatnya adalah musim EURO 2012...
yg sedang berlangsung di astro supersport....

Banyak ramalan yg mengatakan bahawa SPAIN akan menjuarai 
kejuaraan euro tahun ini....dan ada sebahagian yg mengatakan GERMANY 
yg akan muncul sebagai JUARA mengalahkan juara EURO 2008 dan juara dunia 2010 ini...
mengikut statistiknya Germany yg mendapat mata penuh dalam peringkat kumpulan 
tanpa kalah atau seri sehingga SEMI-final ini yg seharusnya menjuarai kejuaraan ini....
mengikut klpos yg dinyatakan dalam entrynya...bahawa dua pasukan akan diramalkan menjadi juara
iaitu Germany dan Spain...dan ini diramalkan oleh ejen perjudian terbesar di England....

 

Bagi korang siapa yg layak bergelar juara???
tapi mengikut pendapat ak,GERMANY yg akan 
menyandang gelaran juara EURO 2012 ini...
Kita tunggu dan lihat sahaja....
ASSALAMMUALAIKUM
p/s:sebenarnya ak peminat no 1 GERMANY...hehehe
gogo germany....hehe

Thursday, June 7, 2012

"BODOH" perkataan yang digemari

bangun pagi open lappy,
hope u all are happy,
pagi-pagi gosok gigi,
assalammualaikum dan selamat pagi!!!!

sebenarnya ak xtaw ape motif ak nak berblogging pagi nie....
tapi disebbkan rasa hati yg ingin ak kongsikan sesuatu...
ak cube mencari motif tersebut!!!
persoalannya!!!
kemanakah motif tersebut menghilangkan diri ???
adakah ak yg menyebabkan motif tersebut kecil hati??
tapi siapakah motif???
sorry!!! cite nie xde kene mengena dgn motif tersebut!!!
(pagi2 mcm nie biasa la,otak tengah beku memang mengarut la jawabnya)

ok straight to the point....
ak nak kongsi pasal 1 bende yg sering korang sebut...
iaitu perkataan "BODOH"....
perkataan nie da biasa menjadi sebutan setiap individu di negara kita...
bukan sahaja dalam kalangan remaja bahkan orng dewasa dan kanak2 juga....
kadang -kala kita mungkin tidak sengaja menyebut,
dan mungkin kita xperasan ape yg kita sebut....
walaupun zaman telah berubah dgn teknologi yg canggih...
tapi manusia yg tidak pernah berubah atau mahu berubah...

ramai orng dah lali dgn perktaan itu...
samade orng tu pekak atau memang"bodoh"...
perkataan nie seolah-olah seperti ayat yg wajib disebut....
adakah korang faham apa maksud bodoh???
dan korang rela ke dipanggil sedemikian???
perkataan nie sering disebut setiap hari...
tapi adakah korang perasan....
nie contoh ayat2 yg dicampur dgn perkataan tersebut:-
  1. kau kat mana skang doh ??
  2. sorry doh!!!!!
  3. ak letih doh!!
 agak-agak korang perasan x???
mesti la perasankan...
"DOH" tu singkatan drpd perkataan "BODOH"
 adalah ini nilai terbaik yg dikatakan selama ini...
adakah "kita,kau ,ak ,korang " tergolong dalam orng melayu yg berbudi bahasa
dan sopan santun....
terus terang ak cakap memang xlah!!!
ak sendiri rasa bersalah kalau ak sebut perkataan tu dekat kawan2 ak...
tapi dieorang(sebahagian jew) dengan selamba panggil dengan perkataan "bodoh" dibelakang ayat....
xde langsung ciri2 kemelayuan....xkira la samade lelaki atau perempuan....dua-dua sama je...

resouces from google!!!

kita semua orng melayu,orng Islam....
tapi sikap dan cara langsung xde sikit pown yg sama dengan
cara orng melayu dan Islam....
walaupun ayat tersebut xde dalam undang2 negara....
dan xdiharamkan...mcm "dadah"...
sesiapa yg menyebut perkataan "bodoH"
akan dikenakan  denda sebanyak RM1000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali....
memang xde,sbb bende nie bukan jenayah....
tapi korang kene ingat....
bila korang memanggil seseorng itu dgn perkataan bodoh....
dan menyebabkan die sakit hati dan kecil hati...
maka korang akan menerima ganjaran....
iaitu pingat dosa dan percutian di neraka ville....

ok...sampai sini celoteh ak.....
buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali...

burung didik terbang di awan,
muda belia menangkap ikan,
baik-baik kita berkawan,
akhlak mulia mesti diutamakan....

kbye n assalammualaikum....

Tuesday, June 5, 2012

KEGAGALAN adalah 1 titik permulaan

Assalammualaikum.....
dan salam 1 malaysia.....
Entry kali nie I want to talk about failure in the examination....
ok we straight to the point....
persoalannya!!!
apakah punca kegagalan???
mengapa kita boleh gagal???
 siapa yg menyebabkan kita gagal???
Tepuk dada tanya diri sendiri!!!!
Kegagalan mungkin perkara biasa bagi sesetengah pihak...
ramai juga yg berkata "kejayaan itu bermula dengan kegagalan"....
apakah maksud ayat tersebut??
adakah korang faham apa yg dimaksudkan ayat tersebut???
baiklah,ak sendiri akan huraikan maksud ayat tersebut....
"setiap kegagalan adalah 1 pengajaran,jika kita gagal x bererti kita gagal untuk selama-lamanya tetapi kita kene menggunakan setiap peluang yg ada....gagal kali pertama adalah pengajaran dan pengalaman,peluang kedua masih ada untuk menebus segala kegagalan lepas "

Bagi mereka yg tidak pernah menghadapi kegagalan itu adalah anugerah atau rahmat yg diberikan oleh ALLAH S.W.T....hal ini kerana mereka(tdk pernah gagal) telah berusaha lebih drpd mereka yg lain(gagal)....
Kita kembali semula kepada persoalan yg ak berikan!!!
yg pertamanya adalah punca kegagalan....
punca yg pertama adalah diri sendiri..
mesti anda tertanya2 "mengapa diri sendiri?"
sbb diri sendiri adalah penentu tujuan hidup samada positif atau negatif....
kita perlu yakin dengan diri kita dan bukan sebaliknya....

punca yg kedua adalah faktor persekitaran
maksud disini bukan persekitaran bandar atau luar bandar...
tetapi orng sekeliling....kita manusia biasa.,mesti lebih sukakan hiburan...
klau orng sekeliling kita kaki raya,kaki lepak dan mcm2 kaki lagi..
kita mesti akan terjebak secara automatik....biasa la darah muda mestilah nak enjoy...
itulah yg menybbkan kita lupa tentang pelajaran....

seterusnya adalah mengapa kita boleh gagal...
punca pertama adalah kurang fokus.... 
fokus kita mudah terganggu disbbkan jumlah pelajar terlalu ramai didalam sesebuah kelas...
ini menyebbkan mereka akan hilang pertimbangan didalam kelas dan berborak kita pensyarah atau cikgu sedang mengajar dihadapan....

punca kedua adalah overconfident
kadang-kala disbbkan terlampau yakin,kita boleh salah...
dan kesalahan itu adalah kesalahan kecik tetapi jika terlalu banyak kesalahan kecil...
ia mungkin akan menjadi 1 jumlah yg besar!!!jika kita sudah tamat menjawap soalan,kita seharusnya membuat doublecheck terhadap kertas kita....supaya kita bole tahu mungkin ada kesalahan2 ringan yg xpatut kita lakukan....

dan persoalan yg terakhir,siapa yg menyebabkan kita gagal
punca pertama adalah antara kita,ibubapa,dan Allah...
 jika kita gagal walaupun telah berusaha dgn gigih...
itu adalah hubungan kita dengan ibubapa...apabila kita memalukan 
dosa terhadap ibubapa dan tidak meminta maaf kpd mereka...
Allah akan menurunkan balasan kecil iaitu melalui kegagalan....
hubungan kita dengan Allah juga perlu dijaga...bkn sahaja perlu tetapi wajib dijaga...
Ibu saya ada cakap dengan saya"klau usaha tetapi tidak berdoa, pun tiada guna...dan klau berdoa sahaja tanpa berusaha pun tiada guna"

punca kedua adalah antara kita,kawan dan kekasih...
apa kene-mengena kegagalan dgn kawan dan kekasih....
kawan dan kekasih boleh mendorong kita untuk berjaya...
tapi ingat!!!
tidak semua kawan mahu lihat kita berjaya...kerana hasad dengki pada setiap orng akan timbul 
apabila melihat kejayaan seseorang itu...kawan dan sahabat adalah istilah yg sama dan maksud yg berbeza...
dan kekasih juga boleh membuatkan kita lalai dan juga boleh menybbkan kita 
jatuh ke kancah maksiat jika tidak ada batas pergaulan....

ok lah sampai sini je la celoteh budah KAMPUNG....
sbelum ak tamatkan enty ak kali nie...
ak nak bagi 1 pantun... 
"Rasa gundah akal cerah, 
 Tahan alah waktu segala; 
    Usaha sudah tawakal serah, 
   Tuhan adalah penentu segala"
p/s:segala diatas adalah satu kisah benar dan ia terjadi kepada diriku sendiri...jadi ak share untuk korang sume
agar menjadi tauladan....