Total Pageviews

Friday, July 22, 2011

PUASA

Ramadhan bakal menjelma....1 OGOS 2011.....tarikh yg dijangkakan bermulenyer bulan puasa....Bulan yg penuh rahmat untuk umat NABI MUHAMMAD (S.A.W)....ataupun untuk orng ISLAM SEdunia ...
Banyak kelebihan puasa dan bulan ramadhan serta kelebihan berpuasa dibulan ramadhan...

ANTARA KELEBIHAN PUASA ADALAH :-
1- Dapat mendekatkan diri kepada ALLAH
    ALLAH berfirman
       ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35] dan 
Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

2-Puasa mengawal syahawat
   Nabi bersabda
       : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

3-puasa dapat menyelamatkan seseorang drpd  neraka
    Nabi bersabda
     ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]  dan
    ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka ” [HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4-Puasa menjanjikan syurga
    dari abi umamah,beliau berkata
         Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga,
Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]
      

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


1- Bulan yg diturunkan padanya AL-QURAN
    ALLAH BERFIRMAN
        ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]
2-bulan yg terdapatnyer kejadian LAILATUL QADAR
   ALLAH berfirman
       ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3-Bulan yg mengurung syaitan2,pintu2 syurga dibuka dan pintu2 neraka ditutup rapat
    Nabi bersabda
      ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

KELEBIHAN BERPUASA  DIBULAN RAMDHAN
1-Puasa dibulan ramdhan menjanjikan pengampuna dosa
   nabi bersabda
    ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]
2- Puasa dibulan ramadhan menjanjikan syurga
   nabi bersabda 
     ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “
[HR Al-Bukhari : 2637]

P/s: Kelebihan ini ak kongsikan untuk korang supaya korang dpt manfaat...bende nie bkn tuk korang je tp
tuk diri ak jugak sbb ak pun manusia biasa gak yg penah melakukan dosa dan penah gak ponteng puasa..hehehehehe..sama2 la kita amik pedoman nie...renung2 kan lah dan selamat beramal...
dan aku nak UCAPAN kan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..puasa 
jgn xpuasa taw....eheheeheh

3 comments:

rasa-rasa diri anda kacak/cantik sila la komen..thanks